Skip to content
PodSubs
ShowsPeopleGuestsJobsNewsEvents
More
BlogPodCred
Menu
ShowsPeopleGuestsJobsNewsEventsBlogPodCredNetworksSign in
Join nowSign in
  • Shows
  • People
  • Jobs
  • News
  • More
    • Guests
    • Events
    • Blog
    • PodCred
    • Networks
    Join nowSign in

Financial Faiz

Financial Faiz artwork

[S04:E03] Gaji minimum RM2,000, cukup ke untuk rakyat Malaysia? - Datuk Seri Amir Hamzah

Nov 1, 20261 hr 34 minAudio
ShareXLinkedInFacebookWhatsAppEmail

Belanjawan 2027 memperuntukkan sebanyak RM459.8 bilion, dengan pelbagai inisiatif yang bakal memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan perkembangan ekonomi negara. Namun, sejauh mana peruntukan ini mampu menangani isu gaji minimum RM2,000, kos sara hidup dan tekanan kewangan yang dihadapi golongan M40? Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu kecukupan simpanan KWSP untuk persaraan, peningkatan kes penipuan kewangan yang menyasarkan pesara serta usaha kerajaan mengurangkan defisit fiskal negara. Tidak ketinggalan, peranan bantuan STR dan SARA serta sokongan pembiayaan kepada PMKS dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Tidak dilupakan juga usaha kerajaan untuk memperkasa PMKS dan memastikan bantuan serta kemudahan pembiayaan sampai kepada golongan sasaran. Podcast Financial Faiz kali ini bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan 2, untuk membincangkan persoalan berkaitan cukai pendapatan, perbandingan SST dan GST serta perbelanjaan subsidi kerajaan yang mencecah RM80 bilion. Timestamp: (00:00) Isu gaji minimum & Belanjawan 2027 (04:31) Kenaikan gaji minimum & pengecualian PMKS (12:12) Peluang pekerjaan & perkembangan industri tempatan (21:04) Automasi vs pekerja asing (27:04) Kenaikan gaji & kesan inflasi (33:12) Pengurangan cukai untuk golongan M40 (42:10) Keadilan cukai & manfaat kepada rakyat (44:00) GST vs SST: Perlukah GST diperkenalkan semula? (49:00) Subsidi kerajaan: RM80 bilion untuk rakyat (55:07) Subsidi vs pembangunan negara (59:54) Defisit fiskal & hutang kerajaan (1:10:08) Pelaburan GLIC untuk pembangunan negara (1:14:56) Persediaan persaraan & simpanan KWSP (1:20:17) Malaysia menuju negara menua (1:25:01) Siapa akan menjaga warga emas? (1:29:53) Pengurangan cukai untuk PMKS

Audio and video play straight from the show's own hosting. PodSubs stores and serves no media.

Hosts and Guests

Nobody is credited on this episode yet.

Credit the people on this episode

Be the first to rate this episode

More episodes

All episodes
  1. Apply IPO dengan lebih bijak, ini caranya

    Nov 15, 20269 minAudio

    Ramai pelabur fokus kepada syarikat yang ingin dibeli ketika IPO, tetapi pernah tak korang fikir tentang kos dan peluang yang mungkin terlepas sepanjang proses permohonan? Bayangkan duit RM10,000 terkunci selama...

    Credit the people on this episode

  2. [S04:E05] Bil hospital makin naik, kita bayar apa sebenarnya? - Dr Ridhwan Hassan, Valiance Health

    Nov 10, 20261 hr 14 minAudio

    Pernah tengok bil hospital yang panjang berjela, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana setiap caj rawatan ditentukan? Kenapa harga ubat, peralatan dan prosedur boleh berbeza antara hospital? Dan adakah hospital yang...

    Credit the people on this episode

  3. Rupiah jatuh, kos hidup naik: Rakyat Indonesia makin terbeban?

    Nov 9, 202618 minAudio

    Indonesia kini berdepan pelbagai cabaran yang memberi tekanan kepada ekonomi dan kehidupan rakyatnya. Kejatuhan pasaran saham sehingga 11% dalam sehari serta nilai rupiah yang semakin lemah menimbulkan persoalan tentang...

    Credit the people on this episode

  4. [S04:E04] Apa sebenarnya berlaku pada bil elektrik kita? - Datuk Ir. Kamal Arifin, CReO TNB

    Nov 3, 202645 minAudio

    Bil elektrik berubah, AFA pula jadi bualan. Tapi berapa ramai sebenarnya yang faham apa maksud semua ni? Kenapa bil sesetengah orang berubah? Ada yang banyak, ada yang sikit je. Apa kaitan harga bahan api dunia dengan...

    Credit the people on this episode

  5. [S04:E02] Urus harta ikut Islam: Apa yang ramai terlepas pandang? - Mufti Selangor, CEO ASNB

    Oct 28, 20261 hr 17 minAudio

    Mengurus harta bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita mampu kumpul, tetapi juga bagaimana kita menjaga, melindungi dan mengagihkannya mengikut tuntutan Islam. Inisiatif Solusi Kewangan Islam ASNB merangkumi...

    Credit the people on this episode