
[S04:E02] Urus harta ikut Islam: Apa yang ramai terlepas pandang? - Mufti Selangor, CEO ASNB
Mengurus harta bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita mampu kumpul, tetapi juga bagaimana kita menjaga, melindungi dan mengagihkannya mengikut tuntutan Islam. Inisiatif Solusi Kewangan Islam ASNB merangkumi pelbagai aspek pengurusan harta, daripada pembayaran zakat dan perlindungan kewangan keluarga hinggalah kepada perancangan pewarisan harta. Kini, ASNB turut memudahkan pelabur Muslim menunaikan zakat melalui pengenalan Kelas B, yang membolehkan urusan pembayaran zakat diuruskan oleh ASNB. Podcast Financial Faiz kali ini mengupas bagaimana pelabur boleh memahami pelaksanaan zakat ini serta peranan zakat dalam perancangan kewangan Islam bersama dengan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Prof Dato' Dr. Anhar Opir dan Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, Encik Fadzihan Abbas. Timestamp: (00:00) Intro (03:58) Zakat ASNB (09:56) Kelas A vs Kelas B (12:00) Zakat al-Mustaghallat (18:01) Nisab, haul & bayaran zakat (24:01) Pelepasan cukai zakat (27:01) Kepentingan zakat (38:59) Pelaburan & perancangan kewangan (43:01) ASNB COVR & Hibah Amanah (47:57) Pengurusan harta waris (54:00) Hibah vs harta pusaka (57:02) Wakaf (59:02) Proses Hibah Amanah (01:02:05) Hukum hibah & pembahagian harta (01:07:57) Kempen ASNB (01:12:01) Pelaburan jangka panjang (01:12:59) Nasihat kewangan
Audio and video play straight from the show's own hosting. PodSubs stores and serves no media.
