
[S04:E05] Bil hospital makin naik, kita bayar apa sebenarnya? - Dr Ridhwan Hassan, Valiance Health
Pernah tengok bil hospital yang panjang berjela, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana setiap caj rawatan ditentukan? Kenapa harga ubat, peralatan dan prosedur boleh berbeza antara hospital? Dan adakah hospital yang lebih mahal akan menawarkan rawatan yang lebih baik? Podcast Financial Faiz kali ini bersama dengan Dr Ridhwan Hassan, Co-Founder and CTO Valiance Health, sebuah ‘startup’ tempatan yang didanakan oleh ‘venture capital’ untuk berkongsi bagaimana teknologi dan analisis data boleh membantu hospital memahami kos rawatan, meningkatkan kecekapan operasi serta menilai kualiti perkhidmatan berdasarkan hasil rawatan pesakit. Timestamp: (00:00) Intro (06:53) Masalah data hospital yang berpecah & tidak tersusun (11:03) Value-Based Care: Menilai hospital berdasarkan hasil rawatan (14:07) Teknologi untuk membandingkan kos & kualiti hospital (16:04) Fee for Service vs Bundle Payment (20:18) Bagaimana Valiance Health membantu hospital? (22:00) Teknologi AI untuk mengurangkan kos hospital (23:21) Kos kesihatan Malaysia: Beban hospital atau pesakit? (27:11) Bagaimana hospital swasta menentukan harga rawatan? (30:03) Kenapa bil hospital sukar dianggarkan? (32:02) Sistem pembiayaan kesihatan: Perlukah dana berasingan? (36:12) Bagaimana memilih doktor & hospital yang lebih baik? (38:00) Kepentingan pencegahan penyakit & screening awal (43:02) Cara membandingkan kualiti rawatan hospital (46:01) 4 faktor untuk mengukur prestasi hospital (50:04) Peranan AI dalam menguruskan data kesihatan (58:18) AI dalam hospital: Isu keselamatan & pematuhan data (1:02:18) Apa yang pelabur VC bawa kepada startup? (1:04:22) Cara membina kepercayaan pelanggan untuk startup (1:07:08) Strategi mendapatkan funding daripada VC (1:10:05) Masa depan sistem pembiayaan kesihatan Malaysia
Audio and video play straight from the show's own hosting. PodSubs stores and serves no media.
