
Rupiah jatuh, kos hidup naik: Rakyat Indonesia makin terbeban?
Indonesia kini berdepan pelbagai cabaran yang memberi tekanan kepada ekonomi dan kehidupan rakyatnya. Kejatuhan pasaran saham sehingga 11% dalam sehari serta nilai rupiah yang semakin lemah menimbulkan persoalan tentang kestabilan ekonomi dan keyakinan pelabur terhadap negara jiran kita. Bukan itu sahaja, masalah yang berlaku turut memberi kesan kepada negara sekitar. Pembakaran hutan menyebabkan jerebu merentasi sempadan, manakala ketidaktentuan ekonomi Indonesia berpotensi mempengaruhi keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Dalam video kali ini, kita akan kupas dengan lebih mendalam punca di sebalik krisis Indonesia, termasuk isu rasuah dan kronisme, pengangguran anak muda serta pemotongan subsidi yang semakin membebankan rakyat. Timestamp: (00:00) Intro (01:35) Iklan (02:30) MSCI Beri Amaran, Pasaran Saham Indonesia Terancam (02:47) 4 Kategori Pasaran Saham Dunia (04:38) Kenapa MSCI Nak Downgrade Indonesia? (05:11) Isu Kronisme dan Konflik Kepentingan (06:57) Kenapa Prabowo Tak Kisah Amaran MSCI? (07:53) Krisis Jerebu Indonesia (09:26) Kesan Jerebu Terhadap Ekonomi Malaysia (11:13) Pengangguran Anak Muda Indonesia (12:56) Kos Sara Hidup dan Pemotongan Subsidi (14:24) Apa Kesannya Kepada Malaysia? (16:03) Hubungan Malaysia dan Indonesia (16:30) Penutup
Audio and video play straight from the show's own hosting. PodSubs stores and serves no media.
