Skip to content
PodSubs
ShowsPeopleGuestsJobsNewsEvents
More
BlogPodCred
Menu
ShowsPeopleGuestsJobsNewsEventsBlogPodCredNetworksSign in
Join nowSign in
  • Shows
  • People
  • Jobs
  • News
  • More
    • Guests
    • Events
    • Blog
    • PodCred
    • Networks
    Join nowSign in

Financial Faiz

Financial Faiz artwork

[S03:E70] Subsidi diesel cecah RM5 Bilion, sampai bila kerajaan tanggung? - Tan Sri Johan Merican

Jul 26, 20261 hr 30 minAudio
ShareXLinkedInFacebookWhatsAppEmail

Bila kerajaan potong subsidi atau memperluaskan cukai, perkara pertama yang rakyat nampak ialah duit keluar daripada poket sendiri. Tetapi ramai tidak nampak beban yang masih ditanggung negara akibat hutang, pencen, ketirisan dan skandal kewangan terdahulu. 1MDB meninggalkan liabiliti puluhan bilion ringgit, KWAP pula mengalami kerugian RM160 juta dalam pelaburan eFishery. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu mengurangkan defisit, membantu PKS, membayar pencen penjawat awam dan memastikan sistem perolehan negara tidak lagi mudah disalahgunakan. Financial Faiz kali ini bersama YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, membincangkan realiti pengurusan duit negara, perbezaan SST dan GST, risiko rundingan terus serta usaha mengelakkan skandal seperti 1MDB daripada berulang. Pada pandangan korang, kerajaan sudah cukup telus dalam menjelaskan ke mana duit rakyat dibelanjakan? Timestamp: (00:00) Intro (02:12) Apakah tugas KSP Kementerian Kewangan Malaysia? (11:43) Mengapa BUDI Diesel tidak dilaksanakan serentak dengan BUDI95? (20:03) Mengapa ramai masih belum memahami BUDI Diesel? (30:04) Pembiayaan kerajaan bawah RM100,000 untuk perusahaan mikro dan PKS (36:00) Akta Tanggungjawab Fiskal 2023 (42:57) GST vs SST (50:54) Adakah pertimbangan politik diambil kira sebelum SST dilaksanakan? (53:48) Bagaimana kerajaan boleh mengubah persepsi rakyat? (59:12) Bagaimana kerajaan menentukan golongan yang perlu dibantu? (1:08:02) Bagaimana KWAP boleh terpedaya dengan eFishery? (1:19:04) Adakah KWAP akan mendapatkan semula wang RM160 juta?

Audio and video play straight from the show's own hosting. PodSubs stores and serves no media.

Hosts and Guests

Nobody is credited on this episode yet.

Credit the people on this episode

Be the first to rate this episode

More episodes

All episodes
  1. Apply IPO dengan lebih bijak, ini caranya

    Nov 15, 20269 minAudio

    Ramai pelabur fokus kepada syarikat yang ingin dibeli ketika IPO, tetapi pernah tak korang fikir tentang kos dan peluang yang mungkin terlepas sepanjang proses permohonan? Bayangkan duit RM10,000 terkunci selama...

    Credit the people on this episode

  2. [S04:E05] Bil hospital makin naik, kita bayar apa sebenarnya? - Dr Ridhwan Hassan, Valiance Health

    Nov 10, 20261 hr 14 minAudio

    Pernah tengok bil hospital yang panjang berjela, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana setiap caj rawatan ditentukan? Kenapa harga ubat, peralatan dan prosedur boleh berbeza antara hospital? Dan adakah hospital yang...

    Credit the people on this episode

  3. Rupiah jatuh, kos hidup naik: Rakyat Indonesia makin terbeban?

    Nov 9, 202618 minAudio

    Indonesia kini berdepan pelbagai cabaran yang memberi tekanan kepada ekonomi dan kehidupan rakyatnya. Kejatuhan pasaran saham sehingga 11% dalam sehari serta nilai rupiah yang semakin lemah menimbulkan persoalan tentang...

    Credit the people on this episode

  4. [S04:E04] Apa sebenarnya berlaku pada bil elektrik kita? - Datuk Ir. Kamal Arifin, CReO TNB

    Nov 3, 202645 minAudio

    Bil elektrik berubah, AFA pula jadi bualan. Tapi berapa ramai sebenarnya yang faham apa maksud semua ni? Kenapa bil sesetengah orang berubah? Ada yang banyak, ada yang sikit je. Apa kaitan harga bahan api dunia dengan...

    Credit the people on this episode

  5. [S04:E03] Gaji minimum RM2,000, cukup ke untuk rakyat Malaysia? - Datuk Seri Amir Hamzah

    Nov 1, 20261 hr 34 minAudio

    Belanjawan 2027 memperuntukkan sebanyak RM459.8 bilion, dengan pelbagai inisiatif yang bakal memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan perkembangan ekonomi negara. Namun, sejauh mana peruntukan ini mampu menangani isu...

    Credit the people on this episode