Skip to content
PodSubs
ShowsPeopleGuestsJobsNewsEvents
More
BlogPodCred
Menu
ShowsPeopleGuestsJobsNewsEventsBlogPodCredNetworksSign in
Join nowSign in
  • Shows
  • People
  • Jobs
  • News
  • More
    • Guests
    • Events
    • Blog
    • PodCred
    • Networks
    Join nowSign in

Hasrizal

Hasrizal artwork

Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu

Nov 28, 20258 minAudio
ShareXLinkedInFacebookWhatsAppEmail

Mus’ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ﷺ dengan penegasan bahawa kita umat Islam beroleh kemenangan dan rezeki bukan kerana itu, tetapi apabila kita santuni golongan-golongan lemah yang memerlukan bantuan. Pada zaman itu, orang miskin, rendah taraf sosial, OKU, tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, tidak mendapat pendidikan dan tidak signifkan untuk apa-apa. Sebab itulah Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraish pernah mensyaratkan kepada Nabi Muhammad ﷺ andai baginda mahu dakwahnya mereka pertimbangkan, Rasulullah ﷺ hendaklah menyingkir kelompok ‘low class’ berkenaan kerana pembesar Quraish itu tidak selasa bergaul dengan golongan sedemikian. Kisah berkenaan menjadi latar belakang turunnya ayat 28 surah al-Kahf yang menjadi peringatan kepada baginda dan umatnya agar dalam urusan mendidik, jangan terpesona dengan peluang dan prospek hingga mensesiakan golongan yang ‘marginalised’ ini. Islam sahaja ketika itu yang membela golongan terpinggir tanpa diskriminasi, merealisasikan Islam sebagai agama yang benar-benar rahmatan lil alamin. “Kita menang dan beroleh rezeki kerana pembelaan kita ke atas golongan lemah” ini mengukuhkan lagi anjakan paradigma bahawa formula maju bukan pada melimpahkan sokongan dan peluang kepada golongan berprospek, kemudian pada masa yang sama mengabaikan mereka yang memerlukan bantuan. Inilah sisi paling rumit sepanjang advokasi saya untuk pendidikan adil dan saksama semenjak zaman sebelum mengenengahkan pendidikan inklusif lagi. Kita masih sangka kekuatan murid 20% teratas itu yang memajukan negara. Tetapi kalau tekuni sirah Nabi Muhammad ﷺ, kita menang dan beroleh rezeki hanya apabila kita santuni murid kelas belakang, murid OKU, murid yang tidak cukup dokumen untuk ada akses kepada pendidikan dan semua golongan yang dunia kata mereka beban lagi menyusahkan. Hanya Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang kata mereka kunci kemenangan dan kemajuan kita. #pendidikaninklusif #inclusiveeducation

Audio and video play straight from the show's own hosting. PodSubs stores and serves no media.

Hosts and Guests

Nobody is credited on this episode yet.

Credit the people on this episode

Be the first to rate this episode

More episodes

All episodes
  1. Kemenangan yang Lebih Besar daripada Demokrat dan Republikan

    Nov 4, 202618 minAudio

    Tahniah kepada Dr Abdulrahman Mohamed El-Sayed, atau lebih dikenali sebagai Dr Abdul El-Sayed, atas kemenangan beliau dalam pilihan raya Senat Amerika Syarikat bagi negeri Michigan pada 3 November 2026. Kemenangan ini...

    Credit the people on this episode

  2. Krisis Hubungan Manusia Dengan Apa itu Sebenarnya Sebuah Kebenaran

    Sep 13, 20267 minAudio

    Petikan program webinar kekeluargaan anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah, membincangkan tentang kandungan buku IQRA'. Dapatkan buku berkenaan di https://belibukuiman.hasrizal.com

    Credit the people on this episode

  3. Tsunami Pembohongan di Era DJT 2.0

    Feb 5, 20266 minAudio

    𝗧𝗦𝗨𝗡𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗝𝗧 𝟮 Soal percaya atau tidak percaya kepada sesuatu yang bersifat abstrak kita maklum ia rumit bagi sesetengah orang. Namun bersediakah kita untuk berdepan dengan...

    Credit the people on this episode

  4. Cabaran Zaman Suci Dalam Debu

    Dec 9, 20253 minAudio

    Kita mengingatkan diri tentang keadaan akhir zaman yang penuh dengan keterbalikan, apabila kebohongan diraikan dan kebaikan dipandang buruk. Kita melihat bagaimana amanah dan pengkhianatan semakin mengelirukan dalam...

    Credit the people on this episode

  5. Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa

    Nov 19, 20259 minAudio

    “Aduhai, seorang lagi!” keluh seorang guru. Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak. Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas. Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah. Mujurlah keluh guru...

    Credit the people on this episode