Skip to content
PodSubs
ShowsPeopleGuestsJobsNewsEvents
More
BlogPodCred
Menu
ShowsPeopleGuestsJobsNewsEventsBlogPodCredNetworksSign in
Join nowSign in
  • Shows
  • People
  • Jobs
  • News
  • More
    • Guests
    • Events
    • Blog
    • PodCred
    • Networks
    Join nowSign in

Hasrizal

Hasrizal artwork

Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa

Nov 19, 20259 minAudio
ShareXLinkedInFacebookWhatsAppEmail

“Aduhai, seorang lagi!” keluh seorang guru. Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak. Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas. Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah. Mujurlah keluh guru tadi sekadar rengus di dalam hati. Tidak terluah dek lidah, kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya. Mudah-mudahan murid tadi dan ibubapanya yang kelihatan cemas itu tidak ternampak dahinya yang berkerut. “Bukankah senang, kalau ajar budak pandai-pandai sahaja!” kata hati guru tadi. Namun Allah ﷻ takdirkan di kelas itu, murid sedia ada sedang mengaji. Ada yang membaca Surah ‘Abasa. Surah menegur. Teguran dari langit menggegar bumi. Menggegar hatinya. Hati seorang guru yang seharusnya tidak lupa kepada teguran Allah kepada mahagurunya, Nabi Muhammad ﷺ. SURAH ‘ABASA Surah Abasa sering kita dengar, tetapi jarang kita tekuni dengan penuh kesedaran terhadap konteksnya. Ia bukan sekadar kisah seorang sahabat yang buta. Ia peringatan santun tetapi tegas tentang bagaimana manusia, termasuk seorang pendidik, boleh tersilap memposisikan keutamaan. Teguran ini ditujukan kepada insan paling mulia, Nabi Muhammad ﷺ. Bukan kerana Baginda mengasari Abdullah ibn Umm Maktum RA. Baginda ﷺ tidak mengangkat suara, tidak menghina, dan tidak sekali-kali meremehkan beliau. Namun teguran turun, kerana pada saat itu terdapat satu detik kecil - kerutan kening, gangguan hati - yang dalam timbang tara langit dianggap besar. https://saifulislam.com/pendidikan-yang-mengabaikan-sebuah-abasa/ #PendidikanInklusif #tadabbur #inklusif #adhddewasa #ADHDMalaysia

Audio and video play straight from the show's own hosting. PodSubs stores and serves no media.

Hosts and Guests

Nobody is credited on this episode yet.

Credit the people on this episode

Be the first to rate this episode

More episodes

All episodes
  1. Kemenangan yang Lebih Besar daripada Demokrat dan Republikan

    Nov 4, 202618 minAudio

    Tahniah kepada Dr Abdulrahman Mohamed El-Sayed, atau lebih dikenali sebagai Dr Abdul El-Sayed, atas kemenangan beliau dalam pilihan raya Senat Amerika Syarikat bagi negeri Michigan pada 3 November 2026. Kemenangan ini...

    Credit the people on this episode

  2. Krisis Hubungan Manusia Dengan Apa itu Sebenarnya Sebuah Kebenaran

    Sep 13, 20267 minAudio

    Petikan program webinar kekeluargaan anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah, membincangkan tentang kandungan buku IQRA'. Dapatkan buku berkenaan di https://belibukuiman.hasrizal.com

    Credit the people on this episode

  3. Tsunami Pembohongan di Era DJT 2.0

    Feb 5, 20266 minAudio

    𝗧𝗦𝗨𝗡𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗝𝗧 𝟮 Soal percaya atau tidak percaya kepada sesuatu yang bersifat abstrak kita maklum ia rumit bagi sesetengah orang. Namun bersediakah kita untuk berdepan dengan...

    Credit the people on this episode

  4. Cabaran Zaman Suci Dalam Debu

    Dec 9, 20253 minAudio

    Kita mengingatkan diri tentang keadaan akhir zaman yang penuh dengan keterbalikan, apabila kebohongan diraikan dan kebaikan dipandang buruk. Kita melihat bagaimana amanah dan pengkhianatan semakin mengelirukan dalam...

    Credit the people on this episode

  5. Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu

    Nov 28, 20258 minAudio

    Mus’ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ﷺ dengan...

    Credit the people on this episode